|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Kerana Dia...
POSTED ON: Assalamualaikum, Dear Blogger, Hariini adalah hari ketiga sakit yang kualami.. Masih belum hilang.. Aku agak tidak cukup tidur jugalah kerana kesakitan yang aku alami ini.. Perlahan-lahan aku bangun dari tempat tidurku.. Semalam, sebelum tidur aku telah menelan 3 biji Panadol.. nampaknya tiada kesan langsung.. Bukan aku mahu memburukkan ahli keluargaku sendiri, tapi itulah hakikatnya.. Aku cuma berehat sebentar diatas katil sambil menahan sakit. Aku bukan sahaja sukar untuk minum, malahan untuk menelan air liur sendiri pun agak payah. Sukarkah untuk memahami itu? Aku tak minta untuk dimanjakan, cukuplah dengan memahami aku.. Salahkah aku baring sebentar menahan peritku..? "Heyy, aku heran betul dengan anak Ramah ni!!!, tadi elok keluar masuk boleh tido balik.. ape kena ntah dengan p*****nye tu..!! heyy... heran betui aku.." "Aku tak tau le kenape dengan anak Si Ramah ni. iyele, macamane perangai maknye yang tak betul tu macam itule perangai anaknye.." Aku menahan rasa sakit hati disebalik bantal.. Namun, kali ini aku tidak dapat bersabar seperti hari kebiasaannye. Kata-katanya terngiang-ngiang ditelingaku.. Mengapa perlu mengungkit nama ibuku ? Tidak cukupkah dengan menghiris hatiku dengan kata-katanya? Aku tidak mampu menahan marah yang membuak-buak, lantas aku keluar dari bilik kakak dan masuk ke bilikku yang separuh stor itu sambil menyelak langsir dengan kuat.. Dia yang melihat perlakuanku mengikutku dari arah belakang lantas mengatakan sesuatu..setelah itu dia pergi dengan bebelannya. dan seperti kebiasaannya setiap kali mereka memekik ditelingaku, aku akan menyumbat earphone ke telingaku.. sayup-sayup ku dengar kata-katanya.. Dengan iringan air mata yang mencurah-curah aku buka profile ibuku di facebook.. rinduku pada ibuku hanya Allah yang tahu.. Apakah salahku? Sudahlah tidak mendapat kasih dan sayang dari seorang ibu apatah lagi seorang ayah.. orang di sekitarku pula tidak suka padaku dan tidak ingin menerimaku.. Apakah dosaku terlalu besar sehinggakan aku layak diperlakukan sebegini? Lagipula apa bezanya antara aku dan kakakku? ya, mungkin kerana dia lebih pandai dariku.. maka mereka sangat menyayanginya.. 'Sakitnya hatiku Ya Allah..' hanya itu yang aku mampu luahkan pada setiap luahanku pada-Nya.. Mungkinkah masih ada hari-hari yang indah dapat kutemui selepas ini?? Mungkinkah aku dapat keluar berjumpa dengan sinar yang tenang selamanya? Perasaan ini.. hanya aku yang tahu.. kerana itu, setiap kali aku sakit atau aku memerlukan apa-apa.. kan ku cuba usahakannya sendiri.. aku tidak mahu menyusahkan mereka.. sungguhpun nenek kelihatan lebih menyayangi kakak lebih dariku.. tapi.. aku sangat-sangat menyayanginya... hanya pada dia yang mampu aku paut.. Walau kadang-kadang dia marah, tapi dapat ku lihat kasih-sayangnya yang sedikit buatku.. Itu yang membuat aku mampu bertahan sehingga hari ini.. |
0 Comments:
Post a Comment