P R I N C E S S OF P I A N O


ENTRY ANIME DRESS WISH NEWER OLDER +FOLLOW
Merepek Kat Sini

Taknak Iklan >_<


Post Lama

My Diary History

get this widget here
Tabung Derma

Sekupang pleasee

Mama Stuff

something

Credits

something

Template by Miss Iris. Basecode by Miss Iris.
Header by Miss Iris
Re-dit by Miss Iris
Interview

POSTED ON: September 22, 2014 | 2 comments

Assalamualaikum,

Dear blogger(s),


Harini Isnin! Hari bekerja. Yeah! Malas sungguh lahai nak bangun pergi kerja. So, hari ini dua bigbos aku nak datang untuk interview bakal-bakal pekerja yang bakal bekerja di kedai yang aku kerja sekarang ni ha. Abaikan bakal dan kerja yang banyak itu. Hahah. Jadinya, hari ini seperti biasalah aku mengemas kedai dan memastikan semua barangan tersusun rapi dan cantik di rak masing-masing.

Dalam pukul 10.00 pagi lebih kurang, sseorang demi seorang wanita dan gadis yang datang untuk ditemuduga. Aku agak terimbau lah kenangan sewaktu di interview suatu ketika dahulu. Jujurnya aku,perghhhh! Hahaha. Sedar tak sedar, dah 8 bulan lebih aku bekerja kat kedai ni. Tibalah masa aku untuk mengundurkan diri atas sebab-sebab yang tertentu. Huhu.

Alhamdulillah.. aktiviti menemuduga calon-calon yang bakal menerajui kedai ini (over, haha) pun selesai sudah. Seperti yang dimaklumkan oleh majikan aku, 25 haribulan ni budak baru tu akan datang untuk belajar selok belok kedai dari aku. Cara bekerja, tanda harga, dokumen yang perlu diisi. Apa perkara yang perlu dibuat setiap hari. Cara membuat panggilan dan setkan appointment ke Sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh Malaysia (aku paling menyampah part nak kena call pejabat dan guru koperasi nih). Apa yang patut dan tak patut dibuat sewaktu melakukan urusan jual-beli dengan pelanggan (nak deal dengan customer payah Oooo), dan banyak lagi. Aku pun sebenarnya baru rasa banyak benda yang aku dah buat kat tempat kerja aku ni. Belum lagi masuk pasal pos barang ke pejabat pos atau bank in duit ke bank-bank yang berdekatan.

End of da kerepek merepeks. Arigatogozaimasu kerana menyinggah~~ :D



2 Comments:

Blogger Miss Fatyn said...

http://miss-fatyn.blogspot.com/2014/09/libster-award-dari-puteri-yang-tak.html

hahaha

Wednesday, 24 September, 2014  
Blogger cik piano said...

@MissFatyn HAHAHAHAHA >_<

Wednesday, 24 September, 2014  

Post a Comment


Bloggers

2 komen | back to top