|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Selamat Hari Guru / Hari Derma Darah
POSTED ON: dear blogger,
SELAMAT HARI GURU…
16 mei 2013..
Selamat Hari Guru Cikgu !! teringat pada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar
puteri dulu.. apa khabar mereka agaknya ya.. dari gur tadika,guru sekolah
rendah,sekolah menengah dan tak terkecuali guru smksy (walaupun baru setahun
kat sini) puteri nak ucapkan selamat hari guru cikgu.. ^_^ walaupun ramai yang
puteri tak ingat.. maaf cikgu.. huhu
KEMPEN DERMA DARAH…
Oh ya,hari ini ada
kempen derma darah.. jadi harini puteri bertugas sebab puteri adalah ahli
jawatankuasa unit uniform VAD form 6 atas merangkap setiausaha VAD. Jadi,puteri
harini teruja sangat-sangat sebab nak menderma darah tahun ni. Ini adalah tahun
kedua puteri menderma darah.. dan puteri orang pertama yang beratur untuk
menderma darah..hekhe :3
HEMOGLOBIN
Malangnya,setelah
diperiksa puteri kekurangan haemoglobin iaitu kurang sel darah merah..
sepatutnya darah merah kena lebih dari 12 keatas.. tapi puteri haemoglobin puteri
hanya 10.6 …. Sangat-sangat sedih… :’( sebab tak dapat menderma kali ni… jadi nurse
kasi ubat tambah darah pastu doktor suruh makan makanan laut (steamboat :9 ) macam
kerang sebab kerang bole tambah banyak darah.. wahahaha.. sedih betul.. sebelum
ni tak pernah lak jadik camni.. yelahh..puteri bukannye suke nak g hospital pun
kalau sakit ke ape ke… kadang2 biar je baik sendiri.. huhu.. sepatutnya muda2
ni la kena jaga kesihatan.. betul tak?
PENGSAN
Hmm… jadinye.. puteri jadi
petugas jelah harini.. ^^” ha! Nak tau tak.. ade kes lawak terjadi tau! bg
puteri lawak sangat sebab kes ni pelik.. tadi ada dua orang lelaki dan
perempuan pengsan.. seorang india dan seorang cina.. kitorang ingat mereka
pengsan sebab selepas derma darah jadi begitu.. tapi rupa-rupanya tak.. mereka
tak derma darah pun lagi.. panik semua orang dibuatnya.. lepas tu belum sempat
nak angkat tetibe bangun gitu je pastu macam orang mamai terpinga-pinga…
hahaha.. lawaklah.. dua2 orang camtu pulak tu.. macama-macamlah dorang ni..
pastu sempat lagi budak2 lelaki usik2 dorang cakap “nak air Milo lah tu!!”
haha.. sebab para penderma darah akan dapat biskut dan air milo kotak percuma..
haha.. jadi disebabkan takde buat ape puteri pun tolong bagi sijil pada
penderma darah harini.. sampailah balik kitorang tolong cikgu illyas &
nurse kemas2 barang dorang.. rasanya harini hari yang seronok sebab walaupun
tak dapat menderma darah,tapi puteri dapat tolong jugak kan? Hehe.. baiklah..
sampai sini jer cerita puteri harini.. trimas blogger sebab sudi membaca !! ..
^_^
|
0 Comments:
Post a Comment