|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Larangan Mencaci Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW
POSTED ON: Assalamualaikum.. Dear Blogger, Kecintaan kita bukan hanya tersekat kepada Ahlul Bait iaitu keluarga Rasulullah SAW. Benar, di dalam Al Quran sendiri ada menyebut lima orang keluarga Nabi SAW yang disucikan oleh Allah swt dari salah dan dosa melalui peristiwa Al Kisa, Mereka ini hanya lima orang: Rasulullah SAW sendiri, Ali bin Abi Thalib, Fatimah, Hasan, dan Husein. Tetapi, kecintaan kita meliputi kepada Ahlul Bait dan termasuklan 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Abu Bakr Al Siddiq R.A Umar Al Khattab R.A Othman Bin Affan R.A Ali bin Abi Talib R.A Zubair bin Awwam R.A Talha bin abdulah R.A AbdulRahman bin Awuf R.A Sa'ad bin waqqas R.A Amir ibn al Jarrah R.A Said bin yazid. R.A Tetapi, yang peliknya, Syiah cukup menyirap bila nama Saidina Umar R.A. dijulang. Dikafirkannya para sahabat. Dicerca dan dihina. Apa lagi yang ada pada kita kalau sahabat pun dikafirkan. Bermakna al quran dan hadis yg dibawa oleh para sahabat Rasulullah SAW tidak boleh diguna pakai. Sayang kita pada kekasih Allah tidak lah sampai mendewakan seperti syiah sehingga menyamakan tarafnya dgn Tuhan. Hadith Larangan Mencaci Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW, 1. Janganlah kamu mencaci-maki sahabat-sahabatku. Kalau ada orang yang menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, tidak akan mencapai satu cupak[1] atau separonya dari yang telah mereka infakkan. (Mashabih Assunnah) 2. Sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang. Barangsiapa menelusuri salah satunya dia mendapat petunjuk jalan. (Ad-daarami) |
0 Comments:
Post a Comment