|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Rezeki~
POSTED ON: Assalamualaikum, Dear Blogger, Semalam sakit tekak.. tertahan-tahan suara. So,hari ini suara dah jadi garau betul. Macam suara lelaki pula. Aku boleh agak lah masa bos telefon tadi bos mesti terkejut dengar suara aku garau. Hahaha. Oh ya, alhamdulillah memang rezeki aku nampaknya. Bulan lepas aku ada membeli blous muslimah dekat kedai aku kerja ni. Tapi aku cakap pada bos bulan ini baru aku bayar. Maksudnya bos potong terus gaji aku untuk bulan ini. Tapi, alhamdulillah bersyukur sangat apabila bos memberitahu aku, tidak perlu membayar untuk blous dan tudung yang aku beli dari kedai tempat aku bekerja ini. Terharu. Nak tahu tak baju blous tu berapa satu? RM 60.00 tau! bukan murah. haha.. tapi, ya rezeki aku nampaknya. Alhamdulillah.. :') Tudung pula RM 25.00 satu. warna oren. Malam tadi aku mengajak kakak menonton movie korea. Nak tengok? Ni link dia THE CAT : EYE SEE THAT DEATH .ENG SUB TITLE..FULL MOVIE Kalau korang mahu download pun boleh juga. Pergi ke Keepvid.com. Mungkin ada yang sudah pernah menonton movie ini kerana sebelum ini jika tak silap aku TV9 ada menayangkan cerita ini. Memang best dan sedih. Takut pun ya juga. Aku malas nak tulis sinopsis. Sebab nanti mesti tertulis separuh. Haha. Dalam blog ini ayat aku memang sedikit formal kerana aku ingin membiasakan diri dengan keformalan dalam media sosial. Kadangkala aku juga kurang menggemari perkataan yang singkat sangat sehingga sukar difahami. Maklum sahajalah zaman serba IT. seuma orang kononnyalah mahu cepat. Aku sedang bekerja, tapi jangan cakap aku makan gaji buta pula. Bos bagi kebenaran pada aku jika aku tidak ada pelanggan atau kerja semua sudah selesai aku boleh guna internet. Rugilah kalau tak guna.. Lagipun line internet di sini agak laju. ^_^ |
0 Comments:
Post a Comment