|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Buat Report X-ray
POSTED ON: Assalamualaikum, Dear reader(s), Untuk Pemilihan Akhir Tentera ni aku kena buat X-Ray dan Report X-Ray untuk membuktikan aku tiada mempunyai masalah tulang. Kot? Aku agak je. :3 Harini aku ambil bas ke Ipoh sebab nak hantar Xray yang aku buat dekat hospital haritu. Yelah, hospital kami hospital biasa tak ada Doktor Pakar. Disebabkan aku tak berapa berani nak bawak motor ke Ipoh, terpaksalah aku ambil bas harini. Member aku ade gak ajak naik kereta. Tapi, aku taknak susahkan orang. Terpaksa ambil cuti. Dari medan kidd bas menuju ke Hospital Besar Ipoh. Yang kelakarnya aku tak ingat Hospital Besar Ipoh dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah hospital yang sama!. Cuma terlajak sikit ke depan sampai depan angsana je. Haha. Nasib baiklah aku sedar dan cepat-cepat turun dari bas. Sampai di hospital aku menuju ke kaunter X-Ray dan tanya pada petugas di kaunter tersebut. Dihadapan aku ada seorang remaja lelaki dan perempuan yang memegang kertas X-ray. Aku agak mereka juga sama mahu menghantar X-ray ni untuk buat report. Abang dekat kaunter tu suruh aku pergi ke bahagian lagi satu. Aku pun berjalan ke arah yang dimaksudkan. Abang dekat kaunter tu tanya adik ni nak masuk tentera ke? Aku pun macam, eh? ha,ah.. macamana tahu ek? Lepas tu dia cakap la budak depan aku tu tadi pun nak masuk tentera jugak. Lapor diri minggu depan. Aku macam.. ohh.. okay.. Bila dia tanya bila aku lapor diri, aku pun cakap minggu depan. Dia cakap selalunya report X-Ray ni lambat dapat. Dalam 2 minggu baru keluar. Aku mula risau. Tapi dia beri aku sekeping kad beserta nama kod Xray dan nombor telefon untuk dihubungi pada jumaat ni. Maksudnya kita kena call depa sendiri untuk tanya laporan X-ray tu dah siap dan boleh diambil ke belum. :) Lepas hantar laporan X-Ray dan tunjuk surat tawaran, aku pun blah macam tu je la. Aku tak tahu pulak senang sangat prosedurnya. Beria risau. Dahla sorang-sorang je setel. Bangga tiba-tiba. Aku ambil bas balik untuk pulang kerumah. Alhamdulillah.. Insyallah.. Khamis aku nak call hospital. Manatahu dah siap awal, boleh aku pergi ambil report tu pada jumaat pagi. Tak payahla kena ambil cuti lagi. Kerja oii.. >_< |
0 Comments:
Post a Comment