|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Cerita Tentang Masa Depan
POSTED ON: Assalamualaikum, Dear Blogger.. Bila fikir masa depan, semua orang tak boleh jamin apa yang akan berlaku dalam hidup dia akan datang. Macam, sempat ke aku nak capai semua cita-cita aku?. Kot-kot tak merasa. Mana tahukan. Hahah. Chill beb. Pasal jodoh, mati tu semua dah ada dalam suratan takdir. Tu semua kerja dia beb. Apa yang penting, ko usaha dalam hidup kau. Enjoying your beautiful life with cheerful smile. Kejadah nak speaking tak gheti. Hahah. Sokay if sekarang kau masih tak dapat masuk Uni macam aku, kau boleh try IPTS yang lain. Kolej Komuniti berlambak beb. Institusi kemahiran lagi. Maca-macam cara kau nak keluar dari kepompong hidup kau. Hidup tak selalunya indah.. Dan tak semudah kau meniup belon. Salah caranya belon akan pecah. Sebelum ni aku sangat takut,malu dan payah je rasa hidup dikelilingi member-member yang dah jadi budak U. Aku feels like dorang boleh ke terima kawan cam aku? Aku kan bodoh, dan sebagainya. Then, aku macam nak pergi jelah senyap-senyap. Atau ignore dari diaorang semua. Then, bila once aku dah buat macam tu aku rasa macam kosong dan bazir masa. But at the same time, member-member aku still cari aku tanya khabar semua. Nak hangout. Bila dah berjumpa balik rasa macam, eh! diorang masih sama!.. Gila-gila macam aku jugak. Heh. tak ke kau rase macam kau seorang yang sombong sebenarnya sebab mengabaikan orang yang care pasal korang?Aku rasa. Aku taknak lari lagi. Aku cuba. untuk face masa depan yang aku tak tahu hujung pangkalnya. Yang penting aku cuba follow apa yang aku minat and sabar dengan musibah atau ujian disekeliling aku. |
0 Comments:
Post a Comment