P R I N C E S S OF P I A N O


ENTRY ANIME DRESS WISH NEWER OLDER +FOLLOW
Merepek Kat Sini

Taknak Iklan >_<


Post Lama

My Diary History

get this widget here
Tabung Derma

Sekupang pleasee

Mama Stuff

something

Credits

something

Template by Miss Iris. Basecode by Miss Iris.
Header by Miss Iris
Re-dit by Miss Iris
Resepi Nasi Ayam Bolehlaaa by Cik Put

POSTED ON: August 09, 2016 | 0 comments

Moninkk!!! 😁😁😁

Yeahh dah pagi.. so plan aku harini nak masak nasi ayam resepi Pakcik Google la... Siapa lagi nak bagi resepi free kan? Hehe..

Pagi-pagi buta aku excited dah bangun nak masak Nasi Ayam ni. Haa memang semangat kecheffan pepagi ni ha.. Bila aku buat ikot resepi edit2 sket mmg menjadi jugak la walaupun 3 jam aku kat dapur tu conquer sensorang dapur rumah mak. Jenis aku memang tak suka buat kerja ada orang kat sebelah. Confirm tak berapa nak jadi kerja aku tu nanti. Haha.. Tak tau la kahwin nanti macamana yer.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Nasi Ayam Bolehlaaa

Resepi Nasi Ayam Bolehlaaa by Me copy paste from Sayangku Encik Google

Ditulis oleh : Che'Nom

Masa Penyediaan : 40 minit / Memasak : 60 Minit / Keseluruhan : 100 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara memasak Nasi Ayam

Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.


Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.


Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.



0 Comments:

Post a Comment


Bloggers

0 komen | back to top