|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Summer Camp Anak Soleh “Solat itu tiang Agama” (PART 1)
POSTED ON:
Assalamualaikum..
Hari Pertama Kem
Anak Soleh…
Dear Blogger,
Ya Allah.. dah lama
rasanya tak berkumpul dengan geng Usrah kitorang.. yelah,masing2 pun sibuk kan?
Sedih jugak sebab semalam tak dapat join usrah dengan dorang. Sebabnya alia nak
balik kampong pulak ade kenduri katanya.. :) emm… memang tak ade rezeki nak
join usrah.. yelahh..selama hari ni kan puteri menumpang je alia kalau nak
pergi mana2.. kalau tak dengan sha.. tapi sha pun mane join usrah dah..
teringat kata2 sha kelmarin.. tapi, takpelah.. semoga ada jalan yang lain
untuknya nanti…
Harini hari pertama
Kem Anak Soleh.. Anjuran Nadi Al-‘Azim (KELAB ANAK-ANAK HEBAT) ISMA Ipoh… Bertempat
di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia,Ipoh, Perak Darul Ridzuan.. Rasa cam
menyusahkan Cikgu Amnah pulak sebab ambil puteri kemudian.. soalnya maknyah nak
pergi kenduri Kak Amy, kakak sedara puteri tu.. lepas berbincang dengan opah
dan maknyah tadi,Cikgu setuju nak amek puteri kat rumah dalam lepas zuhur macam
tu.. tapi cikgu pun sampai agak lewat tadi.. tapi tak apelah.. asalkan dapat
join Kem Anak Soleh.. ehhh… lupa lak.. puteri bukan jadi peserta.. tapi jadi
AJK Makanan.. err… kalau soal makanan memang hepi habis lah!! >_<
Lepas dah ambik puteri
kat rumah, kitorang mencari bekalan air bersih untuk Kem tu nanti.. sampai2 je
dekat kawasan Kem, dah dorang suruh makan.. haha.. langkah kanan betul.. makan
buah-buahan yang dicampur rojak..perghh. kecur air liur.. :9
Tak de bende rumit sangat
yang nak dibuat.. Cuma tolong2 buat air.. oh ya, Kem Anak Soleh ni peserta
seramai 80 orang.. anak Ustaz Zamri mufti kerajaan negeri perak pun ade..
isteri Ustaz la banyak tolong kitorang dekat dapur.. ^_^ hehe.. seronok tau!
Ustazah memang best.. sporting lagi.. lepas tu, kitorang tolong2 kupas2 telur
rebus nak makan tengahari ni.. sambal dah siap dimasak.. jadi selepas semuanya
dah selesai.. masa untuk makan!!!
Satu perkara yang
buat puteri terharu sangat2.. sebab.. kitorang makan bertalam tau! ehh.. bukan
satu sorang.. dalam satu talam besar tu kami makan 4 orang iaitu puteri
sendiri,Afifah, Syuhadah,dan Cikgu Amnah.. inilah buat kali pertamanya puteri
merasa sendiri makan bertalam… terharu betul.. :’)
sebenarnya.. dah lama puteri mengidam-idamkan
suasana islamik macamni.. tapi.. yelah.. taka de rezeki nak masuk sekolah
agama.. alangkah indahnya jika hidup dalam suasana begini.. puteri rasa damai
dan tenang sewaktu berada disini.. dapat kenal sahabat2 baru..
Ada seorang sahabat
baru yang puteri kenal namanya Khudri binti Ismail.. seorang muslimah yang
sangat cantik dan sebaya dengan puteri.. asal dari Kemboja.. katanya, lepas
abes exam dan abes STAM nanti beliau pulang ke Kemboja.. bahasa melayunya juga
fasih.. akhawat2 disini semuanya berasal dari sekolah agama.. terasa kerdil
diri ini bila berhadapan dengan mereka.. berbeza dengan puteri yang sangat
biasa2 ni.. Kem 2 hari 1 malam ni pun dah menunjukkan keperbadian mereka..
awal2 pagi semuanya tanpa disuruh oleh sesiapa,bangun solat tahajjud, buat
solat sunat..
kalau puteri.. selalu buat yang wajib2 je.. yang sunat2 ni
kadang2 kalau “ter-rajin” baru buat..lepas ni mesti rindu dengan suasana begini..
dalam hatiku berkata “Ya Allah.. beruntungnya menjadi salah sebahagian dari
mereka….” Ternyata berada disini banyak mengajar puteri tentang kehidupan orang
lain..
|
0 Comments:
Post a Comment