|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Untuk Pertama Kalinya
POSTED ON: Assalamualaikum, Dear blogger, Pagi tadi aku ke CIMB bank untuk masukkan duit sale kedai bos yang suruh. First time pulak tu jejak CIMB semata masuk duit dalam akaun bos. Menapaklah aku berjalan kaki ke bank. Disebabkan jarang pegi bank aku pun dah confius mana satu CIMB kat bandar ni. Jadi, setelah beberapa minit kemudian sampailah aku di CIMB bank. Terlebih jalan pula lepas tu, kemudian kona balik. Hah... Kemudian dengan lurus bendul nya aku masuk tetapi aku sememangnya tak tahu apa-apa pasal bank ni. Kemudian aku ternampak pintu kaca yang tertulis PUSH. Aku pun tolak dengan selambanya. Kemudian ada pegawai di dalam menegur aku. "Sekejap lagi ya dik". Oh, rupanya kaunter di pejabat ini masih belum dibuka. Dengan muka tak tau malu dan lurus bendul aku berdiri di tepi slip-slip yang disediakan untuk orang awam. Dengan itu, apabila sudah sampai waktu pintu kaca dibuka,aku yang masih tak tahu nak buat apa seterusnya mengekori langkah makcik-makcik disitu. Ada sebuah kaunter kecil. Aku tercongok memandang pegawai itu. Kemudian dia bertanya kepada satu-persatu pelanggan. Tiba giliran aku dia bertanya urusan apa yang hendak aku lakukan. Aku cakap aku nak masukkan duit dalam akaun. Kemudian pegawai itu memberi nombor kepada aku. 1002 . Oh, aku nombor 2 rupanya. Baguslah, cepat sikit kerja aku. Banggunan ini ada 2 tingkat, disebabkan pertama kalinya aku masuk kesini. Jadi aku tak tahu nak tunggu di mana. Nampak saja kerusi, aku terus duduk. Dalam masa tu, aku terfikir. Betul ke dekat sini? Ke, dekat atas?Segera aku menaip mesej bertanya pada Ezaty kerana sebelum ini dia yang memasukkan duit kedai. Aku : Salam,weh CIMB selalunya tu hang tunggu tingkat atas ke tingkat bawah? Aku kemudiannya, naik ke tingkat atas beserta nombor giliran. Nah, sesampainya aku diatas, nomborku terpampang sudah. Dengan blurnya, aku meneliti nombor di kaunter. Mana satu kaunter nombor 1? Hah, kelam-kabut sudah. Jumpa pun. Aku meluru terus ke kaunter 1. Pegawai itu bertanya urusan yang ingin aku lakukan? Aku cakaplah aku nak masukkan duit. Berapa? RM bla~bla~. kemudian tamatlah kerja aku disitu. Mesej Ezaty yang tadinya sampai. Ezaty : Wsalam.. tunggu kat atas, ambil nombor kat bawah.. cakap je dekat orang tu nak bank in duit. Aku : Tadi,aku tunggu kat bawah.. T.T Ezaty : Hehe,la..kat atas,bukan bawah.. ade kat sane lagi ke? Aku : (sambil berjalan balik) Baru balik..Yay! Aku dapat nombor 2! Ezaty : Untungla.. Huhu.. Kemudian aku singgah di kedai runcit membeli makanan untuk kucing, dan kemudian ke kedai sebelah membeli nasi lemak. Seperti biasa, aku berjalan di lorong-lorong belakang sambil memanggil kucing-kucing jalanan. Memberi mereka makan. Wah, makin bertambah ramai rasa aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku rasa sedih. Lepas ni, kalau aku berhenti kerja disini, siapa yang akan beri mereka makan? -Tamat- |
0 Comments:
Post a Comment