|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Kenangan Time Kecik~
POSTED ON: Assalamuaalaikum, Dear Blogger... Waktu kecil kita penuh dengan warna warni.. Kehidupan sewaktu di alam persekolahan.. Di alam baru belajar mengenal dunia, mengenal alam, mengenal seni ciptaan Tuhan.. Belajar mengenal erti keseronokan dan kegembiraan.. Seronok kan? Jika difikir-fikir rasanya mahu meminjam mesin masa doraemon untuk pulang ke dunia kanak-kanak semula.. Tapi, apakan daya... Hahahaha... Apa kenangan korang time zaman kecil dulu? Tadi aku ada terbaca senarai perkara yang sering kanak-kanak lakukan sewaktu zaman kecil.1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi
orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
Tapi itulah, mungkin juga aku dari kecil sudah suka berniaga mungkin.. Sebab selain dari aku 'mengikis pensil', sewaktu di sekolah agama pula aku akan pergi ke kedai runcit berdekatan dengan sekolah agamaku dan dengan menggunakan wang syiling, aku bermain 'tikam bola'.. Atas sebab itu aku amat menyukai lagu dari kumpulan Spice Girls Viva Forever kerana klip videonya mempunyai scene seperti tikam bola yang aku selalu main di sekolah agama. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku 'menikam'.. Benda dan hasil yang aku peroleh akan aku jual kepada rakan-rakan disekolah agama. Seperti pulang modal, aku akan menjualnya dengan harga 50 sen setiap satu jika harga asal adalah 30 sen. Bijak kan? Hahaha,.. Itulah sikap aku sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu.. Korang pula bagaimana?
thanks for reading.............
|
2 Comments:
ohhh indahnyaaaa zaman kanak2 dulu... hihihi
hehe. rasanya kesemua diatas tu memang kenangan zaman kecik yang wajib dibuat zaman dedulu. tak mcm bdk zaman skg. lg 1, zaman kanak2 kite suka tgk ultraman :)
Post a Comment