Salam Aidilfitri Dear Bloggers~
Assalamualaikum..
Dear Blogger,

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blogger aku yang sudi menjenguk entri picisan aku ini. Dan dengan serendah-rendah hati aku menyusun jari-jemari yang tidak berapa nak runcing ini memohon kemaafan jika ada salah dan silap sewaktu mengomen, memberi pendapat dan sewaktu menulis entri..
O-O
Kosong kosong okey!..

Yosh!!!!! Sekarang nak cerita kenapa baru sekarang nak post pasal Raya ni? hahaha.. Special apa.. Orang lain semua first raya dah buat entri.. So, aku ni lain sikit.. Ececeh.. alasan itu semua.. Taklah.. sebenarnya, aku terpaksa kerja sampailah ke malam raya pertama.. Jadi disebabkan penat dan letih sepanjang hari.. Maka tidak kesampaianlah menulis entri.. Bila dah tiba raya pula, aku dan kakak sibuk melayan tetamu di rumah.. Iyalah.. nak buat macam mana kan? Dah aku dan kakak yang paling muda dalam rumah kami.. Hehehe..
Duit Raya..

Tak payah cakaplah... aku dah tua so, tak dapat duit raya dah.. Hahaha.. nampak tua tapi masih ada yang sudi menghulur.. terharu sungguh.. Terima kasih banyak-banyak.. (masuk tabung katak) Kikiki.. Oh ya, lupa pula nak upload gambar.. Raya mestilah wajib bergambar der.. Hahaha..
Adik-beradik aku semua lima orang.. Si kembar lelaki dan perempuan Farish dan Farisya..

Keluarga kami tak besar mana.. Tapi, alhamdulillah.. aku tetap bersyukur padaNya kerana menganugerahkan daku dengan keluarga yang Indah.. Insyallah.. Selamat Hari Raya Semua!!! ^_^
0 Comments:
Post a Comment