|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Keputusan UPU Stpm
POSTED ON: Assalamualaikum... Dear blogger... Harini keluar dah result upu tuk bebudak Stpm.. Aku dah check tadi.. Hurmm.. tak ada rezeki aku nampaknya.. Kawan-kawan aku? Entahlah.. rasa-rasanya dapat kut. Yalah, tengok pointer juga... Mestilah lepas. Aku yang dari tadi macam cacing kepanasan ni ha, tak tau nak buat macamana. Balik rumah nanti nak cakap apa pada family aku? Senyap sajalah. Mereka bukan tahu result keluar hari ini pun. Jahat betul aku. TAPI Kalau aku cakap aku tak lepas nanti. Mesti kena kutuk kaw-kaw punya. Oh Tuhan... Rezeki lain-lain.. Nak cakap sikitlah.. bukan apa. Cuma nak sejukkan sedikit hati yang sedang lara ini. Setiap daripada kita dah ditentukan tau rezeki masing-masing. Tak dapat masuk Universiti bukan bererti hidup kau punah ranah hancur layu berkecai derr. Ramai je yang ada degree,master. Tapi,susah juga dapat kerja. Ada pula yang SPM saja. Tapi kerja sendiri gaji beriban-riban dalam akaun bank. Tak. Aku tak kutuk pun orang yang ada degree semua tu tak bagus. Jangan la kau tolak pulak kalau dah dapat U. Maksud aku kat sini. Tak semestinya tanpa Universiti tu kau tak boleh cari makan der. Kemahiran Aku ingat selepas ini aku dapatlah try bidang kemahiran pula. Tapi sejujurnya aku memang tak gemar belajar. Aku tak suka study buku. Aku lebih sukakan manual dan praktikal. Aku tak sukakan auto gitu. Haha. Entah faham ke tidak. Means, aku ni study sesungguh mana pun sampai keluar sesungut tak jalan punya beb. Aku suka kalau benda yang dalam buku tu aku bawak keluar lepastu belajar dengan dari situlah. Ha, contohnya la. Kalau sains kan, kan ada buat ujikaji gitu. Ha, memang aku akan ingatlah step by step kalau dalam exam. Well,ada yang cakap aku ni lembab orangnya. Sebab kena pula buat sampai begitu sekali. Bayangkan jelah beb. Takkan kau nak bawak keluar nombor-nombor al gebra apetah bagai semua tu dekat luar buku. Pastu duk kali,tambah tolak satu-satu. Merepek sungguh la kan. So? Kesimpulannya, kuatkanlah diri kau tu put. Ramai lagi lah yang bernasib kurang bernasib baik lagi teruk dari kau. Redho dan teruskan usaha okay? Tak ada jalan yang ini,kau cari jalan yang lain. Permatikanlah semua segala tohmahan serta cacian mereka yang menghina dirimu yang sekarang ini. Pekakkanlah telinga dari mendengar bisikan-bisikan menghancur punahkan semangat kamu. Biarkan mereka. Abaikan. Be strong okay? Gambatte.. !! |
2 Comments:
Kuatkan semangat ye~ ^^ chaiyokk~
Tengkiuu~ ;)
Post a Comment