|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Kuching, Sarawak Day 1
POSTED ON: 4 D3N IN KUCHING, SARAWAK Travel date : 25- 28 August 2019 I did vlog during my trip at Kuching just for fun and it's already up on my YouTube Channel (cikpiano) or click on this link : https://youtu.be/FxBu8Y9OqC8 Day 1 - TBS > Airport > Check In > Jam menunjukkan 3 pagi, awalnya sampai! Aku memang jenis kalau boleh setengah jam atau satu jam awal dah terpacak dekat TBS tu sebelum jangkamasa waktu bertolak. Jam 4.30 aku turun ke bawah menuju kearah Gate 1. Time ni ada masalah sikit sebab untuk bas ke KLIA sepatutnya bas sampai pukul 5 tapi malangnya bas delayed sampai jam 5.30 pagi. Time tu ada dua tiga orang yang kurang berpuas hati dengan sistem bas sebab yelah nak pergi ke KLIA kot. Memng kena awal lah kalau tak nanti nak tunggu flight lagi. So, ada seorang abang tu bertanyakankepada staf berkenaan kalau bas delay dan penumpang terlepas flight adakah pihak TBS boleh bertanggungjawab. So, lepas abang tu jumpa pihak kaunter pertanyaan TBS abang tu maklumkan semula pada kami untuk ambil nombor telefon yang diberi oleh pihak kaunter dan maklumkan sekiranya Flight pada hari tersebut terlepas. Jadi pihak TBS akan memberi ganti rugi semula. That's whylah aku kalau boleh nak awal dan sanggup tahan mata daripada ambil risiko terlepas bas atau flight. Oh ya, sewaktu menunggu bas, aku berkenalan dengan Kak Aznie Flight penerbangan ke Korea. Ya Allah jelousnya rasa. Sepanjang perjalanan ke KLIA kami berkenalan dan Kak Aznie menceritakan pengalaman dia sebagai seorang suri rumah yang mempunyai suami dan anak-anak yang memahami minatnya. Kak Aznie ni pada aku boleh dikira sebagai berani sebab pelbagai telah dilawati olehnya. Walaupun aku sebenarnya tengah mengantuk, tapi tetap tahan mata sebab nak dengar pengalaman Kak Aznie sambil korek sikit ilmu Travel darinya.. Memang lagi membaralah perasaan aku untuk Travel dari satu tempat ke satu tempat lepas ni!. Sesampainya aku ke KLIA 1, beli sedikit roti buat alas perut. Aku taknak makan benda heavy sangat sebab tak pernah naik flight so aku takut dekat atas nanti samada terlebih excited atau terlebih kenyang nanti muntah. Dahla tak pernah rasa duduk dalam flight tu macamana. Lepas isi perut, aku menuju ke arah Check barang dan bagasi semua, seterusnya keluarkan barang dari poket dan masukkan ke dalam bakul yang telah disediakan oleh pihak Imegresen. Setelah selesai, aku turun ke tempat menunggu, dan nampak board Penerbangan domestik Dalam Negeri. Bas sampai, untuk membawa penumpang ke Kapal Terbang. Malindo Air Dah naik flight! Cepat-cepat jalan sebab nak ambil seat tepi tingkap. Yeay, dapat duduk tepi tingkap. Mintak-mintaklah tak rasa gayat ke apa sebab aku ni jenis takut pada ketinggian tapi guess what aku tak takut pun hahaha, maybe sebab aku duduk belah sayap so tak ada lah rasa sangat tinggi tu. Wekk! Walaupun excited tapi sebab mengantuk jadi jom layan mata. Sekejapnya rasa naik flight tadi maybe sebab penat sangat tahan mata semalaman, tidur sampai terlentok-lentok kepala dekat orang sebelah. Nasib baik handsome! Hahaha gurau je. Acctually waktu tersedar orang sebelah pun tidur mati jugak. Turun dari belon ( dah sampai sarawak kena tahu lah sikit cakap sarawak. Giteww hahaha. belon tu adalah flight dalam bahasa sarawak ) dah lepas dari imegresen semua, keluar je dari laluan Penerbangan Domestik tu terus cari makanan. Sebabkan Mc Donalds ada terpampang bila aku keluar laluan, beli tapau then tunggu Grab. Dalam 5 minit Grab sampai dan menuju ke Hostel. Badan dah lembik semacam dah ni terbayang dah tilam empuk dekat Hostel. Hero Hostels Perjalanan ke Hostel dari Terminal Kuching ambil masa dalam 20 minit je. Agak dekat jugaklah. Disebabkan dah booking awal dekat Agoda, aku just check in terus bila dah sampai. So, total harga untuk 4 hari 3 malam hanyalah RM80 sahaja! Murah kan? Tapi aku add on Rm15 each nights sebab nak bilik air yang ada dekat dalam. Kuching Waterfront Usai solat maghrib, kami menuju ke Kuching Waterfront untuk makan malam. Makan Shell Out sebab aku teringin nak rasa Shell Out dekat sini. Sedap gila sampai lupa nak tangkap gambar. Lepas makan, ambil angin di sepanjang laluan Kuching Waterfront.
Muka dan mata bengkak sebab tunggu bas dekat Tbs dari pukul 4 pagi.
Semua gambar diambil di sepanjang pejalan kaki laluan Waterfront Kuching. Nice kan. Korang tak perlu risau lapar sebab sepanjang laluan tu ada kedai makan rata rata buka bermula 6.00 petang hingga 2.00 pagi Aku dah ngantuk. So jom balik hostel. 🏨Mandi dan tidur. Nite. 😴 |
0 Comments:
Post a Comment