|
Follow @rei_himemiyarei
Merepek Kat Sini Taknak Iklan >_<![]() Post Lama My Diary HistoryTabung Derma Sekupang pleaseeMama Stuff somethingCredits somethingHeader by Miss Iris Re-dit by Miss Iris
Kuching Sarawak Day 2
POSTED ON: Penat seharian berjalan semalam, harini. Sementara tunggu Faez habis kerja aku jalan berdua dengan kakak di bandaraya Kuching ni. Of courselah kalau dah namanya bandaraya Kuching, mestilah kena ada meow π± So let's take selfie. Kakak tak suka gambar dia dalam media social so disebabkan i hormat peivacy dia, ada pic i je kat sini. Lepas lunch, aku berjalan di sepanjang jalan banyak sangat kedai yang menjual cenderahati dan cenderamata. Kain batik dalam ukuran 2 meter murah sangat. Cantik dan harganya pun berpatutan. Aku belikan fridge untuk family aku dan saudara mara dekat kampung. Balik hotel. Rehat dulu gais. Petang. Keluar dari hostel dan berjalan sikit ke depan mall berhadapan dengan hostel kami, Faez sampai. Kami menuju ke Kuching Waterfront. Untuk menyeberangi ke arah sana. Faez dah janji semalam nak bawak aku makan kambing ketuk. Tapi sampainya kami dekat My Village Barok ni rupanya tak masak lagi. Bahan pun masih on the way. Tapi tak apalah, tak ada rezeki kata orang tua. Kami order Ayam penyet tapi kuah dia sedap Mashallah tak menyesal cuba. Kuah dia rasa macam gulai ikan masin tu. π Lepas dah kenyang makan, selfie kitorang gerak ke kedai kek lapis yang paling famous dekat Kuching iaitu Mira Cake Lapis Sarawak. Dekat sini kek lapis dia banyak pilihan. Nama pun macam macam. Ada ombak rindu dan lain lain. Untuk pembelian 6 biji kek lapis ke atas akan dapat percuma kotak. Kotak ni penting bukan apa sebab nanti bila korang jalan melintasi imigresen tak adalah jadi halangan pula nanti. Nak free kotak? Beli lah 6 biji kek lapis ke atas! Macam macam perasa yang sedap ada kat sini. Makanan lain pun ada juga. Pasar Seni Haji Taha Malam. Aku sampai dalam jam 9. Inilah Pasar Seni Haji Taha. Malam ni Faez kerja. Jadi sambil jalan jalan cuci mata sambil teman dia bekerja. Aku? cari makan, beli makanan, duduk bangun, pusing cari air, duduk bangun pusing cari lauk lain pulak. π Seronok kerja aku malam ni. Yang paling seronok sebab aku dapat beli ketam goreng 3 ekor Rm10 sahaja wey. Mana nak dapat. Dekat KL tak ada ketam goreng bersepah macamni. Sotong sumbat ( aku perisa sayur dia cmpur telur dengan sayur sumbat dalam perut sotong) Seekor yang besar tu RM 12 sahaja. Pedas dan sedap. Puas hati. Tapi nak makan kat situ susah sebab tak ada pisau dan garfu |
0 Comments:
Post a Comment