P R I N C E S S OF P I A N O


ENTRY ANIME DRESS WISH NEWER OLDER +FOLLOW
Merepek Kat Sini

Taknak Iklan >_<


Post Lama

My Diary History

get this widget here
Tabung Derma

Sekupang pleasee

Mama Stuff

something

Credits

something

Template by Miss Iris. Basecode by Miss Iris.
Header by Miss Iris
Re-dit by Miss Iris
Hati Manusia

POSTED ON: June 15, 2020 | 0 comments


Assalamualaikum dear bloggers,

Husb aku pernah cakap.
"Jangan anggap semua orang baik. Tak semua orang baik macam sayang"

Aku. Aku fikir balik. Aku ni lagi la tak baik. Banyak gila benda jahat yang aku pernah buat. Tapi hari ini aku terkilan sangat. Aku order something dekat kawan aku. Untuk tolong dia. Cuma silap aku. Aku orderkan untuk kawan2 sekerja aku. Aku lupa cas postage. Jadi tak apalah. Aku halalkan. Harini aku payment. Aku short Rm6. Dalam account maybank aku cuma ada Rm83 sahaja. Jadi aku bayar Rm80. Aku berharap supaya dia dapat post dulu. Rupa-rupanya tidak.

"Nanti da selesai kami pos ya."

Ya Allah. sedihnya rasa. Terkilan tak tahula. Dalam otak aku automatik aku cakap. Kenapa tak poskan je dulu. Dia tak percaya aku ke?? Rm6 je pun. Bukan Rm80 yang aku hutang. Dah kawan lama kot. Aku sakit kepala. Aku buat kerja lain sekejap. Aku sidai kain... Aku susun susun meja makan. Walaupun dah siap tersusun. Aku.. aku tak faham.

Aku masih tertanya tanya. Mana silap aku. Aku malu kalau nak cakap dekat dia. Suruh pos dulu. Esok kita bayarlah balik. Ya Allah. Berkiranya. cetus hati kecilku.

Sebenarnya. yang sebenarnya. Mungkin. ini mungkin. Mungkin dulu kita pernah salah faham. Dan aku susah untuk jujur dan bagitahu kenapa dan mengapa. Sehingga salah faham itu menjadi titik punca ketidakpercayaan itu. Mungkin juga kerana aku bukanlah sebaik yang suami aku katakan. Semuanya bukan salah dia. Semuanya salah aku. Aku malu nak minta pinjam wang dari suami aku. Sejak bergelar suami isteri. Suami aku suka menghadiahkan barang barang comel. Dan barang yang aku perlukan. Mungkin dia tahu. Aku banyak keluar duit untuk peralatan rumah.

Aku terfikir jugak tadi. Nak minta pinjam Rm10 dari suami. Tapi aku malu. Aku takut. Aku sangat takut kalau kalau suami aku tidak cukup wang. Tapi sebab aku minta dia bagi jugak. Aku takut. Bila aku makan sedap sedap. Suami aku hanya makan makanan yang murah dan tidak sedap atau sekadar alas perutnya sahaja. Aku takut itu. Aku tidak mahu membebankan suamiku. Kalau boleh. Tidak mahu aku walau segaris kerutan didahinya memikirkan pasal wang. Aku tidak mahu dia berasa dia tidak mampu memenuhi keperluanku. Sebab aku. Aku ni. Bukan wanita solehah. Aku hanya mampu buat apa yang aku termampu.

Jauh dah aku pergi. Dah meleret leret aku merepek. Cerita pasal lain. Keluar pasal lain. Macam nilah aku. Bila bercakap pun sama. Bila menaip pun sama. Apatah lagi menulis.

Aku tidak tahu sampai bila aku mahu merahsiakan segala coretan ini pada umum. Aku takut. Takut apa yang aku fikir aku luah semuanya salah. Takut kena judge dengan orang lain. Betul cakap suamiku. Aku takut dengan kata orang. Suka dengar mulut orang. Tapi. Inilah aku. Aku. 


0 Comments:

Post a Comment


Bloggers

0 komen | back to top