P R I N C E S S OF P I A N O


ENTRY ANIME DRESS WISH NEWER OLDER +FOLLOW
Merepek Kat Sini

Taknak Iklan >_<


Post Lama

My Diary History

get this widget here
Tabung Derma

Sekupang pleasee

Mama Stuff

something

Credits

something

Template by Miss Iris. Basecode by Miss Iris.
Header by Miss Iris
Re-dit by Miss Iris
Jamuan Raya Kelab Golf Kinta Perak

POSTED ON: August 26, 2014 | 0 comments

Assalamualaikum,

Dear blogger,

Entry pendek bertajuk 'dinner' itu adalah sambungan kepada entry panjang ini,

Raya baru-baru ni Kelab Golf Kinta mengadakan majlis jamuan raya sempena menyambut Aidilfitri yang lalu. Aku dengan Akak naik motorsikal je. Hujan renyai-renyai tapi kitorang tetap meneruskan perjalanan. Bukan jauh pun, setakat makan nasik tambah dua pinggan,lepas tu tidur lapan jam je. Tapi hari ni tak ramai orang pun. Sebab yelah, hujan kan? Sampai-sampai kitorang berkemaskan diri dengan apa yang patut.

Majlis pun bermula. Mula macamana aku pun tak faham. Jadi, makanan pun diambil. Yang paling gempak laksa dengan ABC dia. Dah ar banyak siot! Kakak aku cakap satu bekas tu dorang caj RM2.00 je! perghh!! dah macam RM4.00 aku tengok!! Semoga pakcik itu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan banyak. Amin. Lepas tu kitorang makan lah memandangkan takde sape kat sini yang sudi baca doa beramai-ramai. Pedehal, aku kan tong sampah! Dah habis ABC dengan laksa aku tibai aku ingat nak ambik satay plak.. Uiiii.. tetibe ramai lak orang. Takpe.. lepak dulu..

Lepas tu abang-abang tough dan pakcik polis yg hensem satu band start main muzik. Pergh bergegar jantung aku. Mungkin sebab keadaan hujan yang membuatkan bunyi yang keluar dari peralatan muzik mereka lagi kuat (kot). Kakak aku dah ambik nasi beriani dah. Dengan ketupat, dan rendang. Yang ini dari kafe Kelab Golf. Not bad la. Tapi sedap lagi mak sedara aku masak kat rumah! Dorang ni dari Key-el.. So, memang tak sama la citarasa aku yang 'kampung' ni. Haha.. Kampung Girl u know? hehe..

Selepas berjamu selera dan menikmati satay yang penuh satu pinggan akibat setia menunggu di tempat menunggu giliran tadi, tibalah majlis penyampaian hadiah. Sepatutnya petang tadi dorang ade game. Tapi hujan kan, so.. majlis penyampaian hadiah bertukar jadi cabutan bertuah.. Dorang pakai cabut undi jelah. Antara hadiah-hadiahnya adalah oven, bola golf, dan paling mahal aku rasa Handphone! dahlah yang dapat tu pakcik. :3 Jeleous... Setelah bertungkus lumus menghabiskan makanan, kitorang pun balik.

Burppp.. alhamdulillah...      


hujan yang turun bagaikan mutiara~~




0 Comments:

Post a Comment


Bloggers

0 komen | back to top